TEMPAHAN
Untuk membuat tempahan, sila e-mel maklumat berikut ke danaudaunchalets@gmail.com:
-
Bagi tetamu membuat tempahan:
Nama penuh anda
Nombor telefon bimbit anda
Jumlah tetamu & nama penuh setiap tetamu (termasuk kanak-kanak)
-
Butiran Kecemasan:
(Yang tidak akan hadir)
Nama penuh
Nombor telefon bimbit
-
Pilihan chalet daripada senarai berikut:
Hillside Cottage
Danau Daun Cottage (Tutup Sementara)
Teratak Air (Tutup Sementara)
-
Tarikh daftar masuk & tarikh daftar keluar
-
Permintaan BBQ (jika ada):
# Jaring besi BBQ - RM 5 sekeping
# Arang - RM 13 sekampit (3kg)
Bagi kegunaan BBQ, makanan, minuman, peralatan memasak, pengepit, pencucuk, mancis / pemetik api / penyala api, dan lain-lain TIDAK DISEDIAKAN. Anda digalakkan membawa pinggan, mangkuk, cawan sudu dan garpu sendiri (pakai-buang jika boleh).
Sekiranya ada kekosongan, pihak kami akan membalas e-mel anda besertakan sebutharga dan butiran pembayaran.
Untuk pengesahan tempahan, anda diminta membuat BAYARAN PENUH melalui perbankkan dalam talian dalam tempoh 24 jam.
Setelah bayaran penuh dibuat, sila e-mel bukti resit pembayaran. Pihak kami akan mengesahkan tempahan dan e-melkan slip tempahan bersama nombor tempahan dalam masa 24 jam.
*Semua data peribadi akan disimpan secara sulit. Pihak kami tidak akan mendedahkan data tersebut kepada mana-mana pihak ketiga, melainkan diperintah oleh pihak berkuasa.
-
Tempahan tidak dibuka untuk ISNIN dan SELASA.
-
Tempahan chalet boleh dibuat melalui e-mel sahaja.
-
Pihak kami menerima semua pembayaran melalui perbankan dalam talian sahaja.
-
Pendaftaran melalui walk-in tidak diterima.
-
Tetamu luar atau tidak berdaftar dilarang masuk ke premis Danau Daun Chalets.
PEMBATALAN
Untuk membatalkan tempahan dan mendapatkan pemulangan wang, sila maklumkan pihak kami melalui e-mel sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh daftar masuk. Tiada pemulangan wang bagi segala pembatalan yang dibuat dalam tempoh masa kurang daripada 48 jam sebelum tarikh daftar masuk.
Bagi tempahan yang disahkan dalam dua hari atau kurang sebelum tarikh daftar masuk, hanya 40% daripada jumlah bayaran boleh dipulangkan jika ingin membatalkan tempahan.
Sekiranya anda ingin membuat perubahan kepada tempahan yang telah disahkan (bergantung kepada kekosongan), sila maklumkan pihak kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh daftar masuk.
DAFTAR MASUK
DAFTAR KELUAR
MASA DAFTAR MASUK PALING AWAL: 2:00 P.M.
Bagi tetamu yang membuat tempahan, sila sediakan nama penuh, MyKad / Passport dan nombor tempahan.
Kunci chalet disediakan berdekatan dengan pintu masuk chalet.
Pihak kami berharap agar anda dapat menikmati penginapan anda di Danau Daun Chalets!
MASA DAFTAR KELUAR PALING LEWAT: 12:00 P.M.
Sila pastikan semua barang-barang peribadi tidak tertinggal sebelum daftar keluar.
Sila kembalikan kunci chalet ke tempat yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk chalet.